8 TIPS YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MELANGSUNGKAN PERTUNANGAN DALAM MASA SEBULAN.
Assalamualaikum wbt. Hai,saya Aimie. Saya sudah menjadi SURI HATI Mr Hafiz.Kami bertunang 25 Feb 2017 dan melangsungkan pernikahan pada 28 April 2017. Saya suka nak share dengan readers saya macam mana nak prepare engagement dalam SEBULAN!!!.Percaya tak uolzz??
Alamak..macam mana nak buat nie???
Dalam masa sebulan uolzz.Selalunya,untuk menyiapkan majlis pertunangan memerlukan masa yang agak lama..almaklumlah,dalam masa yang singkat,mesti kita dh tak tahu kan nak buat apa2..ada yang serabut,ada yang malas nak fikir,ada yang yada yada..dan lain-lain..
Ini antara tips-tips yang perlu dititik beratkan semasa persiapan majlis pertunangan :
1.MENETAPKAN TARIKH PERTUNANGAN
Kami memilih untuk bertunang pada 25 February 2017 iaitu pada hari Sabtu jam 11 pagi.Pukul 11 pagi tu ok la tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat untuk memberikan masa kepada bakal tunang (..ehem ehem yang kini telah menjadi suami saya) & keluarga untuk sampai ke kampung di negeri Indera Kayangan.
2.TEMA BAJU PERTUNANGAN
Saya memilih baju kurung moden berwarna Turqoise dan berkerawang emas.Baju tersebut boleh digunapakai selepas majlis tersebut dan juga boleh dipakai semasa Hari Raya Aidilfitri juga.![]() |
| Baju Kurung Moden Turqoise dan berkerawang emas. |
3.NAK SEWA PERSALINAN ATAU BELI SAHAJA???
Bagi saya nak sewa pon boleh, nak beli pon boleh.Asalkan jauhi sifat membazir.Oleh sebab tak sempat nak prepare majlis dalam masa yang singkat,saya beli ja baju yang telah siap.Baju zaman sekarang kan dah lawa dan modern.So,saya angkat satu baju kurung moden di kedai busana di Tesco Sungai Petani Selatan (Tesco baru).Aunty kedai tu bagi 20% discount.Jangan beli baju over budget tau.4.BILANGAN TETAMU YANG AKAN HADIR
Tentukan tetamu yang akan hadir semasa majlis.Selalunya pihak lelaki akan datang dalam 8 orang untuk datang meminang.Estimate dalam 30 orang yang akan hadir semasa majlis.Both dari pihak lelaki dan pihak keluarga perempuan.
5.DAPATKAN KHIDMAT MAKEUP DARI RAKAN TERDEKAT
Saya mendapatkan khidmat juruandam dari rakan rapat saya Syabazila aka Sya (0195425483) yang pandai makeup.Kalau nak pergi ke butik pengantin lambat pula nak bersiap sebab tak booking pon dengan owner butik pengantin.Makeup simple-simple ja,baru lah nampak 'natural beauty ' tu..Syabazila juga yang turut membuat hand bouquet yang simple tapi sweet untuk saya juga.Gambar boleh tengok seperti di bawah :
![]() |
| Juruandam saya serba boleh,ikat tudung boleh,makeup boleh.Nanti boleh la roger Sya |
6.TENTUKAN BILANGAN HANTARAN
Untuk hantaran saya dan bakal tunang memilih 3 berbalas 5 mengikut adat.Kalau nak bagi 5-5 pon boleh juga.3 berbalas 5 tidak lah terlalu berat sangat untuk diberikan.Untuk majlis pertunangan disarankan untuk memberikan makanan dan manisan untuk mengambil hati keluarga bakal suami ;)
Hantaran kepada pihak lelaki :
1.Baju T
2.Fauzii Moist Chocolate Cake
3.Cookies
4.Buah -buahan - Makngah sponsor
5.Kuih goyang - Mama's homemade
Hantaran kepada pihak perempuan :
1.Buah -buahan
2.Cookies
3.Sireh junjung
4.Cincin pertunangan
![]() |
| Bakal suami bagi extra hantaran tunang |
7.MAKLUMKAN KEPADA ADIK -BERADIK DAN SAHABAT RAPAT
Kedatangan mereka amatlah dihargai untuk memeriahkan majlis..tanpa mereka ,majlis kita tidaklah semeriah yang seperti yang diharapkan.Adik- beradik yang akan turut membantu melancarkan perjalanan majlis seperti yang telah dirancang.
![]() |
| Teman rapat selfie sekali from left Nad,Adik Jiha and juruandam Sya |
![]() |
| Hand bouquet by Syabazila (0195425483) |
![]() |
| Dikno Si tukang Selfie |
8.DAPATKAN NASIHAT DARI ADIK /KAKAK YANG TELAH MELALUI PROSES PERTUNANGAN
Selain daripada nasihat ibu -bapa ,nasihat mereka juga penting kerana mereka lebih makan garam dari kita untuk proses pertunangan ni.Kalau tak da nasihat dan tunjuk ajar dari mereka,ke laut la kita nanti..kutip segala nasihat dan implementkan dalam majlis anda.Tak rugi bukan??







cantiknya
ReplyDelete